Sri Mughni (2)


Bismillahhirahmanirrahim
Rumah Tamu Sri Mughni (2) mengucapkan selamat datang kepada semua  pengunjung.Rumah sebuah yang mempunyai 2 bilik berhawa dingin ini dan lengkap dengan segala kemuhadan sebagai rumah keluarga menawarkan harga yang berpatutan. Kami mengalu-alukan kedatangan anda semua.

KEISTIMEWAAN RUMAH TAMU SRI MUGHNI(2) 
 
Strategik dari segi lokasi:
  • . Terletak  Cuma 3.5 km dari Hospital Universiti Kubang Kerian( menghala ke Pantai Irama, Bachok )-kedudukan yang amat sesuai bagi mereka yang ingin menemani dan menziarahi pesakit di Hospital.
  • . Hanya 8 minit untuk ke Bandar Baru Kubang Kerian (berhadapan dengan HUSM),dimana terletaknya segala kemudahan seperti Pasaraya,bank,restoran dan pelbagai kedai.
  • .Hanya 8km dari Pusat Bandar Kota Bharu,dihubungkan dengan beberapa laluan strategik/pintas yang digunakan selain dari laluan utama-memudahkan tetamu ke Wisma Persekutuan,Stadium Sultan Muhammed ke IV,Hospital Pakar Perdana,KB Mall,Tesco,Kelantan Trade centre dan lain-lain tempat menarikh disekitar Kota Bharu.
  • .Bagi mereka yang datang untuk membeli belah,Rumah Tamu Sri Mughni (2) terletak hanya 9km dari Pasar Wakaf Che Yeh,Cuma  8 km untuk ke Bazaar Buluh Kubu dan Pasar Besar Siti Khadijah dan 6km ke Bazaar Tok Guru.
  • .Hanya 9-10km ke institusi-institusi Pengajian terkenal di Kelantan ie Maktab Rendah Sains Mara(MRSM Caw.Pengkalan Chepa),Institut Perguruan Malaysia Cawangan Kelantan(IPGM),Universiti Malaysia Kelantan (UMK),Sekolah Menengah Sains Kelantan dan Kolej Vokasional Pengkalan Chepa.
  • .9km dari Institut Penerbangan terkemuka dalam Negara- Asia Pacific Flight Traning (APFT) Pengkalan Chepa, Kelantan.
  • .Hanya 5 minit perjalanan ke Masjid Tok Guru Nik Aziz di Pulau Melaka.
Kemudahan Setempat Yang Berdekatan:
  • . Hanya 3.5 km dari Bandar Baru Kubang Kerian-terdapat pelbagai kedai,restoran,pusat beli belah,hypermarket Mydin,Nirwana,juga pelbagai variasi kedai berdekatan untuk memudahkan membeli barang-barang keperluan /memasak sekiranya perlu.
  • .Keperluan Dapor dan barang runcit juga bolehdidapati di Pekan Binjai (kurang dari 1km dari rumah)
  • . Kemudahan kewangan 24 jam seperti Cawangan Bank Islam,RHB,Bank Rakyat,Bank Nasional CIMB dan Bank Simpanan Nasional (Semuanya di Bandar Baru Kubang Kerian).
  • .Berdekataan dengai Balai Polis/Kuaters Polis Binjai.
  • .Stesyen minyak Petronas lebih kurang 2km dari rumah (menghala ke Kota Bharu)
  • .Beberapa kedai makan berdekatan dengan rumah(+- 100m) bagi mereka yang tidak berkenderaan.
  • . Bagi mereka yang berkenderaan terdapat pelbagai restoran tempatan,medan selera dan kopitiam yang menyajikan juadah masakan tradisional Kelantan serta antara bangsa (ada yang buka 24 jam) dalam lingkungan 3-4km dari rumah)
  • . Berdekatan dengan beberapa restoran fast-food seperti Pizza Hut,KFC 24jam/Drive Thru (lingkungan 3.5-4km dari rumah)
  • . Kemudahan kesihatan berbayar seperti klinik kesihatan,klinik gigi dan farmasi berdekatan dgn  rumah.
  • . Terdapat juga kedai-kedai khusus seperti salon/kedai gunting rambut,pusat optometris dan kedai buku .
  • . Beberapa Pusat Sewa Kereta (kami sedia membantu mendapatkan kereta untuk disewa) serta terdapat perkhidmatan mencuci kereta(car wash) berdekatan dengan rumah.
KEMUDAHAN SISTEM RANGKAIAN AWAM
  • . Hanya 9km dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa-tetamu boleh menggunakan Perkhidmatan teksi.
  • . Sri Mughni(2) terletak di jalan utama (Jalan Kota Bharu ke Bachok melalui Binjai) yang mana pengangkutan awam telah tersedia (bas/teksi).
KESELAMATAN ANDA,KEUTAMAAN KAMI
  • Kawasan rumah berpagar sepenuhnya(Bersama rumah pemilik Sri Muhgni (1) dan (2),pagar utama dilengkapi dengan kunci (kunci pagar disertakan bersama kunci rumah dan kunci bilik)
  • .Halaman rumah diterangi lampu jalan dan persekitaran yang selamat.
KESELESAAN ANDA,KEPUASAN KAMI
  • .Sri Mughni(2) cukup selesa dan sesuai  untuk individu/keluarga bagi urusan peribadi,urusan rasmi,percutian,membeli belah dan rombongan kahwin.
  • .Mampu menampung 2 keluarga-kami menyediakan bantal,selimu dan comforter.
  • .Parking kereta berbumbung (untuik 1 kenderaan)serta kawasan letak kereta yang berpadanan dengan tetamu.
  • .Kami menyediakan pelbagai kemudahan/fasiliti bagi menjamin keselesaan agar tetamu gembira di Sri Mughni(2).
  • .Dilengkapi dengan  ruang tamu dan set sofa.
  • . Ruang makan yang selesa lengkap dengan set meja makan serta kemudahan dapor untuk memasak.
  • . Ruang dapor dilengkapi denganm peti sejuk 2 pintu,microwave oven,dapor gas,periok nasi dan cerek letrik.
  • .Kami turut nmenyediakan set alatan memasak asas(periuk,kuali,pisau,senduk,sudip dll) bagi kegunaan tetamu.
  • .Kawasan berumpu yang luas bagi kemudahan riadah.
  • .Kawasan khusus untu BBQ serta sebuah pondok sesuai untuk aktiviti BBQ dan bersantai.

Daftar keluar boleh dirunding (selepas pukul 1.30) sekiranya tiada tetamu yang menempah pada hari tersebut.

No comments:

Post a Comment